Thursday, 4 September 2014

Al-Fatihah

Assalamualaikum...

Hari Jumaat. Penghulu segala hari. Dan hari Jumaat ini juga bermakna telah lebih seminggu arwah bapa saudara AJ telah kembali kepada Penciptanya. Setiap yang hidup pasti akan menemui detik kematiannya. Siapa yang dapat menyangka, arwah yang dilihat tiada sakit pada dirinya tiba-tiba meninggal dunia. Arwah memejamkan mata pada malam hari namun tiada lagi bangkit untuk menemui Subuhnya. Bukan mudah tapi alhamdulillah, kami redha dengan segala yang telah berlaku. Namun, dalam keluarga masih lagi berduka, muncul manusia yang langsung tak mengenal erti perikemanusiaan.

Politik. Ya. Arwah menyertai parti politik. So, apa salahnya? Kenapa adanya manusia yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang seakan langsung tidak memikirkan perasaan balu dan anak-anaknya? Menyatakan bahawa betapa sayangnya bila mana arwah mati dalam parti yang tidak dipersetujuinya, dan bukannya parti ketika awal pembabitan arwah. Manusia apakah anda? Menggunakan nama dan profil samaran. Kenapa tidak menggunakan profil sebenar? Apa takut dihentam mungkin. Pengecut. Selama berpuluh tahun AJ bernafas, belum sekalipun AJ mendengar parti biru atau hijau itu sebenarnya adalah anutan agama. Hidup atau mati kita, Islam, Hindu, Buddha, Kristian itu adalah agama. Bukan parti politik.

Manusia yang cuma hebat di alam maya, sekadar menjadi keyboard warrior adalah manusia yang kurangnya common sense dan kasih sayang. Marah? Langsung tak. Cuma terkilan dengan sifat manusia begini.

Ya. Mungkin bagi mereka, arwah tersilap langkah. Namun, bagi kami yang begitu mengenali arwah, arwah tiada cacat celanya. Arwah merupakan seorang suami yang bertanggungjawab, tak pernah mengabaikan peranannya sebagai suami kepada isterinya. Arwah juga merupakan seorang bapa yang penyayang, tak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak-anaknya. Tak pernah lupa tanggungjawab kepada adik-beradiknya. Tegas namun baik hatinya. Bagi kami, arwah cukup sempurna.

So, kenapa adanya manusia yang tak bertanggungjawab yang seakan seronok meluahkan perasan yang terbuku di hati tapi pada masa yang sama, mencarik perasaan keluarga arwah. Semoga kalian dibukakan hatinya oleh Allah agar menyedari ketelanjuran diri.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa arwah semasa hayatnya dan tempatkan dia dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

Dalam kenangan, (1956 - 2014)


Fin.

Saturday, 30 August 2014

Penghujung Syawal

Assalamualaikum....

Hampir bersawang dah blog, langsung takde update entry pape. Tau tak sawang tu ape? Web. Bukan web internet tu wahai cik adik manis. Spider web. Iye, yang spiderman selalu shoot sana-sini tapi hairan betul sekali shoot terus hilang. Bagus betul, eco-friendly.

Okay la. Tutup cerita pasal encik spiderman. Sedar tak Syawal dah hampir ke penghujungnya? Ape yang kita buat selain daripada jalan sana-sini pegi open house? Ade ambil tahu tentang isu semasa? Tentang MH17 dan tanah Gaza. Both berita sedih kita terima dalam bulan Ramadhan. Tentang jatuhnya pesawat MH17 dari laluan udara negara Ukraine akibat ditembak oleh pihak tak bertanggungjawab. Tentang ribuan manusia tak berdosa mati dibunuh di tanah Gaza oleh rejim kejam Zionis. Ade kita ambil tahu? Means betul-betul ambil tahu. Bukan sekadar mencedok serba sedikit ayat manusia tak bertamadun di alam maya. Dan apa tindakan kita?

Pesawat MH17. Terlalu banyak spekulasi, cercaan, makian yang bertaburan di alam maya. Ada yang menuduh kerajaan terlalu lemah, melemparkan cacian kepada pihak MAS mengatakan terlalu banyak maksiat. Enaknya manusia bila berbicara. Pernahkah kita terfikir, ape perasaan meraka? Pernah bayangkan berada di tempat keluarga mangsa? Telan sebaiknya segala cacian mereka yang langsung tak kenal mangsa, tapi mudah berkata-kata. Kalau anda berada di tempat mereka, belum tentu kalian redha dengan takdir Allah. Tersilap langkah Dia pula yang kalian salahkan. *sigh*

Tanah Gaza. Laungan takbir, hashtag pray for Gaza, boikot. Paling ketara bukan? Hampir kesemua profile picture di laman facebook ditukar. Bagi mereka yang tak menukarnya, hadiah makian diberikan. Dikata bodoh, buta menutup mata. Tapi, adakah anda pasti anda lebih banyak menghulurkan bantuan? Bagaimana sekiranya mereka yang dimaki itulah yang lebih banyak menghabiskan waktu di sejadah, memohon diberikan kekuatan kepada saudara Islam di Gaza, memohon agar Islam teguh berdiri di sana. Mampukah anda mencari kesemua mereka yang anda maki untuk memohon seribu kemaafan? Boikot. Memang tiada salahnya namun biarlah diiringi fakta yang sahih. Jangan kerana emosi atau ikutan ramai. Sehinggakan nyawa manusia yang mencari rezeki yang dipertaruhkan. Boikotlah. Bukan pada barang atau produknya tetapi boikotlah pada sifat dan sikapnya. Bangga menyertai majlis amal Palestin dan kempen boikot, tetapi lebih bangga meneguk arak, menghembus rokok dan bergambar mesra bersama teman bukan mahramnya. Adakah bangga mengutip pahala namun pada masa yang sama bangga menabur dosa? Fikir-fikirkanlah.

Alhamdulillah.

Namun kekalutan, kesedihan dengan berita di bulan Ramadhan, ada sinar kegembiraan, kebahagiaan di hujung Syawal. Mangsa nahas pesawat MAS akhirnya selamat dibawa pulang dan dikebumikan. Akhirnya kembali ke pangkuan keluarga dan kembali kepada Penciptanya buat selama-lamanya. Begitu juga dengan tanah Gaza yang diisytiharkan bebas apabila berita genjatan senjata diumumkan. Tanah tumpah darah pejuangnya akhirnya kembali kepada mereka yang berhak. Syukur Alhamdulillah.

Bila mana kedua-dua berita gembira diumumkan, bagaimana dengan Malaysia? Merdekakah kita sebenarnya?

Fin.

Sunday, 6 July 2014

Political Issue

Assalamualaikum

Hoih.. kalau sebut tentang politik rasanye Malaysia pun tak kalah der. Yela, dah macam drama TV3 pun ade jugak. Tapi, kiranye ni drama realiti la. Nak tergelak, nak marah, nak sedih, senang cerita cukup lengkap la. Drama la gitu kan.

Wooo..stop right there! Freeze!

AJ tak minat politik. Done. Dah tak payah nak tolong susah nak cakap rakyat ape la AJ ni tak minat dengan politik. Well, AJ memang cakap tak minat tapi tak bermakna tak ambil tahu. Kan? Isu semasa, haruslah ambil tahu jugak. Kang tak pasal-pasal kena isytihar katak bawah tempurung. AJ tak suka katak so takkan la nak jadi macam katak. Better jadi macam kucing, comel apee...

Some politics are worth to take part in, but mostly aren't. Sebenarnye, dalam hidup kita semuanya adalah politik. Believe it or not. Tak percaya pegi library, bukak kamus dewan. Cari perkataan 'politik'. Korang akan faham ape yang AJ cakap ni. Sebabnye AJ malas nak hurai kat sini. Macam takde faedah pape pun kan. Better share benda berilmiah. Ade juga la faedahnye. Ye dak?

Okay, bye. Malas nak tulis panjang-panjang. Sebut pasal politik terus hilang idea. Haha.

Fin.

Saturday, 5 July 2014

Ramadan

Assalamualaikum

Baru perasan, bulan June langsung tak publish any entry. Can be avoided, quite busy. Busy dengan kerja, tentang hidup, tentang study. Alhamdulillah, masuk aje bulan Ramadhan semua pun dipermudahkan dan insyaAllah akan settle just soon enough.

Marhaban ya Ramadhan.

Bulan penuh kemuliaan. Penuh dengan keredhaan. But, do we really appreciate it just the way it is? It's been 8 days already. Yes, just only 8 days but there's lot of things I've witnessed with my own eyes. Sadly, it's not a good thing.

AJ tak tahu apa pandangan orang lain and I don't really want to know. Tak kira berapa atau apa alasan sekalipun, but please jangan terlalu lewa. Puasa di bulan Ramadhan. Dah tertulis dalam Rukun Islam 5 perkara. Bagi yang tak tahu Rukun Islam, here it is. As an Islam, do remember it.

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam.
3. Mengeluarkan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Makkah bagi yang berkemampuan.

Puasa. Tak susah sebenarnya. Cuma antara mahu atau tidak. Mereka yang miskin hampir setiap hari terpaksa berpuasa, mengikat perut. Kita yang cukup pakai, cukup makan, cukup sifat bagi 1001 alasan tak nak berpuasa. Kalau tak boleh atas alasan kesihatan, takde masalah. Tapi, still wajib untuk gantikan puasa tu. Takde alasan, takde dolak-dalih.

Tapi, sekarang... sedih AJ tengok masyarakat Melayu Islam sekarang. Sudahlah tak berpuasa, terang-terangan tunjukkan di khalayak. Sekalipun tiada rasa malu pada Allah, sekurang-kurangnya malulah pada manusia lain yang berpuasa. Adab, di mana letaknya? Bagi yang melakukan kerja berat, iye dibolehkan berbuka tapi tak bermaksud boleh makan minum depan orang ramai. Segan pun dah takde, apatah lagi silu kan.

Ade jugak yang tak puasa. Alasannya merokok. Bila ditegur, melenting. Siap nak berparang bagai. Tak tahu la ape taraf sivik di Malaysia sekarang. Alasan terakhir, syukurlah Malaysia masih aman. Tak suka pindah luar. Kenyataan yang paling .........

p/s: Masing-masing ade akal, jangan sampai berfikiran dangkal. Usia dah meninggi, reti-reti bawak diri.

Fin.

Saturday, 24 May 2014

Ragam Manusia : Manusia Manja

Assalamualaikum...

Sigh. Sedih betul AJ dengan manusia zaman sekarang. AJ adalah manusia tahun 90-an. Tak sempat nak millenium mana pun. (-_-') But, I don't care plus AJ bersyukur sangat-sangat sebab banyak yang AJ dapat belajar.

Tapi berbeza dengan zaman sekarang..... Budak-budak zaman sekarang terlalu 'manja'. Tak boleh dimarah, dirotan, ditegur. Pantang ditegur, sepak terajang la jawapannya. Pisau dah jadi bahan mainan. Hmm... entah mana pergi rasa hormat.

---

Zaman dulu.
Kami main tali, baling selipar/tin, bola beracun.

Zaman sekarang.
Kami main PSP, XBox.

Zaman dulu.
Kami bertumbuk dan berdamai.

Zaman sekarang.
Kami bertumbuk, guna pisau, pistol sampai mati.

Zaman dulu.
Cikgu rotan, mak ayah pergi sekolah ucap terima kasih. Balik rumah tambah lagi rotan. Kami marah tapi tak pernah benci. Kami hormat, minta maaf sebab tahu salah.

Zaman sekarang.
Cikgu marah/rotan, mak ayah pergi sekolah saman sekolah. Kami marah siap berdendam. Esok pergi sekolah belasah cikgu teruk-teruk. Kami kan pailang.

Zaman dulu.
Kami main bunga api, mercun, meriam buluh lawan kampung seberang kat tengah padang. Kami gelak sorak tengok siapa menang. Bila raya, jumpa salam makan sama-sama.

Zaman sekarang.
Kami main mercun lempar rumah orang. Kalau meletup lagi bagus. Bila raya, jumpa amik duit raya, blah. TV lagi penting bagi kami.

Zaman dulu.
Kami takut nak kereta laju-laju, nanti kena saman, langgar orang.

Zaman sekarang.
Kami bawak kereta motor laju. Baru la boleh jadi macam dalam filem.

---

Di manakah moral manusia?
Di manakah sopan santun budi pekerti rakyat Malaysia?
Apakah harga satu nyawa?

Zaman dulu dan sekarang terlalu jauh berbeza.
Apakah takde timbul rasa ingin mengembalikan semua ini?
Dunia semakin tua. Bumi semakin nazak.
Lelah dengan manusia yang alpa.
Tak perlu jauh. Mulakan dari diri sendiri dan keluarga.

Fin.

Tuesday, 20 May 2014

Tak Semua

Percaya atau tidak?

Tak semua boleh kau dapat.

Bilamana kau sangka hidup kau adalah segalanya, pasti kau merasa satu kehilangan. 
Kehilangan yang tak mungkin dapat kau sangkal.
Kemewahan yang kau tuhankan.
Umpama dunia buat si miskin.
Rupanya hama di mata Dia.

Tak semua boleh kau miliki.

Kau mampu ingin. 
Mampu kau kehendaki.
Namun mustahil kau miliki.

Hati.

Kecil tapi besar.
Mahunya lantang tak bertepi.
Tak kenal erti tidak
Peduli sebelah mata

Wednesday, 14 May 2014

Surat Kepada Engineer Automotif

Assalamualaikum..

Ke hadapan abang-abang dan akak-akak engineer automotif sekalian. Saya AJ. Iye, saya bukanlah seorang perdana menteri, jauh sekali seorang permaisuri. Saya cuma seorang pengguna jalan raya, dari usia saya 18 tahun sampai la sekarang. *Okay, tak payah nak tahu usia saya sekarang. Yang pasti saya still muda. Haha. *

Tujuan saya menulis surat ni adalah kerana saya simpati dengan abang dan akak yang punya la penat bekerja, perah blend otak nak suruh idea mencurah-curah jatuh ke ladang gandum. Tapi, manusia sekarang tak reti nak hargai. Jangan risau, saya tak tergolong dalam kalangan tu. Saya sokong abang dan akak sekalian!

Buat abang dan akak engineer,

Meh sini saya cite ape yang dah jadi dengan kenderaan yang abang dan akak cipta tu. Tapi, sebelum tu tarik nafas dan hembus slow-slow ye. Istighfar banyak-banyak jugak. Macam ni ceritanye...

1) Signal
- Yela, abang dah cipta baik punya kedudukan signal pada kereta. Ye dak? Tapi kan, diorang tak tahu pun yang signal tu perlu digunakan bila nak masuk lorong atau bila nak ke kanan atau ke kiri. Diorang berhenti suka-suki diorang aje. Tapi, kira okay lagi la tu. Siap ade jugak yang pergi spray signal tu dengan colour hitam. Bak kata Wan Kamaruddin, ape kejadahnye ini semua? On signal tapi tak nampak pun signal tu berkelip-kelip.

2) Lampu
- Abang dan akak reka lampu tu warna oren kan? Kalau tak pun, ade la certain warna putih. But it's okay coz both tak menyakitkan mata pemandu lain. Tahniah atas usaha abang dan akak tu, terima kasih. Tapi kan, diorang memandai dah ubah sekarang. Tukar lampu tu dengan lampu colour lain ; biru, hijau, kuning. Bak kata makcik Astro, macam-macam ada... Ade yang guna mentol rumah lagi. Ala.... yang abang akak letak kat dalam bilik tu, yang on bila nak tido je. Ha! Lampu tidur namanye. Wait.. ade lagi! Ade jugak tau manusia yang letak lampu kalimantan kat bawah kereta. Tapi okay la, ade jugak kebaikannye. Tolong suluh jalan raya, yela... kot-kot ade pulak cicak tikus kena langgar. Tak pasal-pasal jadi lempeng, tak gitu abang akak?

Kepada abang dan akak yang disayangi,

Disebabkan saya prihatin pada abang dan akak, saya ade cadangan untuk abang akak sekalian. Ape kata abang akak bagi free gift tukul sekali dengan kereta tu. Iye la, nanti senang ye dak? Kalau diorang rasa macam tak nak guna signal tu, boleh je ketuk kasi berkecai. Plastik dan kaca tu boleh hantar pusat kita semula. Jimat kos dan menyelamatkan alam sekitar. Haa... 2 in 1 tu.

Lepas tu... lepas tu... abang akak sertakan sekali spotlight as a bonus beli kereta. Tambah berapa ringgit sikit terus dapat spotlight. Pun menjimatkan tau. Sebabnye, nanti bila nak main bola tak payah la nak bukak spotlight kat padang banyak-banyak. Guna yang kereta diorang je. Bila dapat score guna hon kereta tu instead of jerit 'goal!!!!' sampai sakit anak tekak. Kat situ aje dah dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di Malaysia.

Okay la abang akak engineer. Saya pun dah takde idea nak tulis ape lagi. Kang nanti kalau tetiba ade mentol atas kepala, saya tulis surat 2nd part pulak ea.

Yang benar,
AJ

Fin.

Monday, 14 April 2014

Just Because

Assalamualaikum...

Hmm.. Ayat sama yang selalu AJ dengar sampai dah takde rasa lagi dah. Ade orang pernah tanya, "Kenapa kau buat blog, update entry semua. Tapi, belum tentu ade orang baca. Kau berangan nak jadi glamour macam blogger lain tu ke?"

.........

*sigh*

..........

AJ tak reti nak bagi 1001 sebab kenapa AJ continue dengan blog. It's just because. It's one of the therapy yang AJ amalkan bila stress. So, bila namanye pun nak release stress, perlu ke nak dapatkan perhatian? Well, I don't think so. AJ buat sebab suka. As long as takde menyusahkan orang lain, tak melanggar syariat Islam and everything, I just can't see why should I stop. Yang penting niat asal kita tu ape.

Yup, it's undeniable yang ade blogger yang namanye naik sebab blog diorang. Of coz diorang tak bermula sebab nak jadi glamer pun. But then, itu kan rezeki diorang. So, ape kata kita just tumpang happy untuk diorang. Much better kan.... Macam AJ, yes I am glad with what I do. AJ happy dengan career sekarang, just for sure kadangkala ade tekanannye kan. So, AJ release stress dengan tulis blog. That's why AJ takde la update dengan kerap. Sebab kurang stress. =P

Sometimes selain dari blog, ade je AJ release stress cara lain. Usually MAKAN. Haha. Makan tapi tak gemuk. Heaven gilaaaa. Kalau zaman muda kurang remaja, AJ selalu exercise. In specific, main tenis. Enjoy gila la tapi tu dulu. Sekarang tak lagi dah sebab takde partner. And mostly, girls tak suka sukan except for certain people. Tapi, ok je kot sebab sekarang selalu main badminton pulak dengan bebudak ofis. --- ok fine, takde la tiap-tiap hari tapi dalam sebulan tu ade la sekali.

Okay, conclusionnye yang AJ nak cerita ni sebenarnya dalam hidup kita tak semestinya ade penjelasan yang details. Kadangkala kita tahu dan sebab kita buat sesuatu tapi tak mampu nak cerita or nak huraikan. Just because.

Fin.

Wednesday, 19 March 2014

Ragam Manusia : Prihatin

Assalamualaikum...

Long time no write. Busy like a bee. *sigh* Lately, almost everyone is talking about MH370. Yup, the missing plane. Memang, takde salahnya mengambil tahu. In fact, ade baiknya jugak kan. Sama-sama berkongsi rasa. Masing-masing menunjukkan keprihatinan mereka. It's a good thing.

BUT! Ade maksud tersembunyi dalam perkataan 'prihatin ' bagi rakyat Malaysia. Indeed, tak semua but let's face it. Realiti kat Malaysia ni, terlalu ramai manusia yang 'prihatin'. As example....

1) The unlucky missing plane. 
- 1st news published : Seriously? Sama-sama la kita doakan keselamatan para penumpang n crews. Semoga mereka selamat ditemui, dapat kembali ke pangkuan keluarga.
- 2-4th news published : Tok moh mana pulak ni. Karut! Syirik! Plane tu sebenarnye naik turun, pusing negara, dah mendarat pun. Ala... semua ni pakatan politik.
- next news : Aku rasa semua ni dah plan. Banyak sangat maksiat dalam kapal terbang. Crews tu semua banyak dosa. Ade yang berpakat dengan agenda politik tu semua tapi family nak cover. Aku pun tak tahu, tapi tu la yang orang cakap. Kalau tak betul, mesti la orang tak cakap. Pokok tu takkan bergoyang kalau takde angin.

Conc : Nampak tak? Perubahan pada tahap keprihatinan Malaysia. Semakin meningkat tahap 'prihatin' depa. Yakin aje plane tu pergi mana, apa punca. Siap ade jugak yang cakap pihak kerajaan Malaysia tak reti buat kerja. Dah ade black box tapi tak boleh nak detect. Lembap. Bagi ulasan mengalahkan pakar IT, scientist bagai. Ade jugak yang menghukum cakap balasan dosa maksiat mereka. *sigh*

2) Road Accident
- berkerumun kat scene, siap berebut-rebut lagi.
- then, keluarkan hp, snap pic and upload kat FB, twitter, IG dengan caption 'accident at bla bla bla. lucky to witness this. tak nampak mangsa, tapi keadaan kereta teruk, doakan semuanya selamat'
- terus follow pic yang diupload, reply semua comment.
- siap bagi jalan cerita macam mana boleh jadi accident, bagi description mangsa jugak. kalau boleh nak interview, confirm dah terjah.
- tetiba ade komen 'die bawak laju, ingat jalan sendiri ke. dah la pakai kancil je, pastu tak hensem pulak tu, kalau pakai ferrari takpela. ni tak pasal-pasal accident, susahkan semua orang'

Conc : sampai ke sudah camtu..... agak-agak la kan, siapa yang terlintas nak call ambulans, polis semua? Yela, sebab duk busy upload pic je kan. Pastu mana lagi nak hurai jalan cerita, belum masuk cerita tambahan tentang mangsa lagi. Ape la kaitan antara jenis kereta, muka semua tu? Seriously bukan AJ reka cerita...

As a Malaysian, u know better about this. Terlalu biasa kita dengar 'keprihatinan' macam ni sampaikan wujudnya perkataan 'typical Malaysian'. Seriously perkara macam ni adalah something yang patut kita ubah. Ubah mindset, ubah sikap. Bukannya susah tapi it's all on your own. Keprihatinan adalah concern. Means mengambil tahu isu sesuatu tetapi bukannya menjadikannya medan untuk meluahkan perasaan dan menyatakan opinion anda semata tanpa mengendahkan perasaan mereka yang lebih terlibat.

Fin.

Wednesday, 29 January 2014

Muka Buku. Let's Sedar Diri!

Assalamualaikum...

Oii..sebut pasal mukabuku, sape yang tak tahu kan? Tak perlu mention pakcik makcik yang umur dah ke depan tu.. Tapi kan, ade je golongan warga platinum ni yang tau guna fb, kalah golongan muda belia ni. Sebut pasal FB, memang la semua orang suka. Boleh up status, up photo tak kisah la yang candid ke selfie ke, pastu up video jugak. Makin ramai yang like, makin galak kan. However, berapa ramai yang betul-betul aware tentang FB? FB tu memang tak bersalah, yang bersalah si penggunanya.

FB pulak, makin lama makin up to date. Seingat AJ, dulu-dulu cuma boleh up status, gambar and video je. Sekarang dah boleh tag macam-macam. Feeling korang, places you go. Pastu emoticon pulak makin banyak, nak yang animasi, statik, semua ada la senang cerita. On one side memang la bagus, boleh share macam-macam. But then....

Korang tahu tak the word 'privacy'? Ala..ade je kot button 'share with' tu. Pick jela custom. Tak perlu nak public. Tak semua kita patut share dengan public. Some of it adalah perkara yang berkaitan dengan family. Example : masalah dengan parent, siblings or your husband/wife. 

"Bodoh la parent aku, tak bagi keluar malam ni..Gua baru plan nak kasi satu round ini malam. Malam masih muda la bro.."
Nampak tak? Actually korang dah buktikan kebodohan diri sendiri. 

"Untung betul si A, nak apa semua husband die kasi. Nak harapkan hubby I...berangan jela.."
Nampak tak? Korang jatuhkan maruah husband korang sendiri plus menunjukkan yang korang ni materialistik sebenarnya.

Banyak lagi status camni, nak yang lagi teruk, ade makin hamun punya pun ada. AJ jela yang tak sanggup nak tulis. Kesat sangat-sangat. Dah hilang adab as a Muslim and Malaysian. Lagi-lagi yang maki hamun tu perempuan. Adoyai, malu kot lagi-lagi bila lelaki yang baca. Korang rasa diorang lagi tertarik ke? Makcik pakcik yang elok-elok berkenan tengok muka korang, terus cancel nak jadikan menantu. Takut jadi menantu hantu pulak. And then, jenis yang suka sangat nak bagitau buat apa, kat mana. Buatnya ada orang nak aniaya korang, tak pasal-pasal dapat tahu location korang dengan senang. Yang jenis nak buat FB jadi diari korang pun masalah jugak. Every minute up status such as..
'baru bangun,morning!'
'i baru nak mandi, baru la wangi.'
'okay, dah siap mandi. guna dove, wangi sangat!'  
T-T

"Kalau nak privacy, tak payah ada FB la." 
"Apehal yang AJ ni sibuk sangat? FB sendiri-sendiri kan."
"Bajet baik la tu..."
Fine.

Memang takde kaitan pun dengan AJ. It's just a pesanan, reminder. Note to myself too. So, I really don't mind if korang nak ambil kisah or tak. It's our choice. Your choice, determines how's your life will gonna be. 

Fin.


Tuesday, 28 January 2014

Ragam Manusia : Kedekut Bakhil

Assalamualaikum..

Pernah tak jumpa orang yang kedekut? Confirm la memang pernah jumpa kan. Tapi, tak mustahil untuk korang jumpa makhluk yang bersifat kedekut bakhil. Means, kedekut berganda-ganda. Kebiasaannya orang yang kedekut ni bukan la daripada golongan papa or miskin. Mostly golongan kaya. Why? Sebab diorang ni tend untuk fikir nanti duit yang diorang ada akan habis. Not just kedekut nak spend beli barang, in fact diorang akan jadi lebih kedekut bila ada orang datang minta derma kat golongan KB camni. Biasa la kan, nanti bila derma duit diorang akan habis. -_-

Golongan KB ni jugak selalunya kedekut atas alasan yang merepek je. Sometimes alasan diorang bagi tu tak masuk dek akal. Even kalau kita duk kutuk depa pun, depa memang pekakkan telinga ja. Buat-buat tak dengar. Bagi diorang, ape yang diorang buat tu tak salah pun. Dengan alasan, tu kan duit diorang. Ikut suka hati diorang la nak manage macam mana. Memang tak salah tapi senang je. Humanity. Pikir la kan.

Sebenarnye, bila korang rajin menderma tanpa mengharapkan apa-apa balasan, korang dah buka pintu keikhlasan kat hati korang tu. Bila dah ikhlas, jangan risau.. Allah dah tetapkan bahagian dan balasan untuk korang. It's just kita tak tahu either di muka bumi ataupun di akhirat. Plus, harta tu semua tak boleh bawak ke alam sana pun. But, setakat nak masukkan dalam liang lahad tu for sure takde masalah. Pesan kat orang yang uruskan jenazah golongan KB ni, masukkan sekali harta diorang masa nak kebumikan.

Fin.

Friday, 24 January 2014

Rumours

Assalamualaikum....

Good day. Everyday is a very good day. Betul la kan. Jangan pernah bersangka buruk pada setiap hari yang berlalu. Setiap hari yang berlalu, pasti ada sebab atas setiap ape yang berlaku pada hari tersebut. Never ever blame others okay. Well, ni selingan je sebenarnya.. ^.^

Rumours.

Bahaya rumours ni sebenarnya. Okay, rumours means khabar angin. Maknanya, khabar yang terawang-awang. Kita sendiri tak tahu sejauh mana kesahihannya. But, human tends to believe what did the rumours said. Rumours, bila tak betul jadi fitnah. Bila betul pulak jadi umpatan, then menimbulkan permusuhan. Nampak tak penangan rumours?

Actually, AJ tak suka dan tak nak pun percaya pada any of those rumours. Sebabnya, kita tak tahu pun betul ke tak khabar angin tu. Then, bila kita pulak pegi bercerita pada orang lain, dah tersebar pulak khabar angin tu ye dak? Tetiba, khabar angin yang kita duk sebar-sebar tu pulak salah, tak betul pun. Tak ke jadi fitnah. Fitnah berganda-ganda kan. Lepas tu, rasa bersalah. Nak pergi mintak maaf dengan mangsa fitnah? Hmm... boleh fikir kot ape jadi lepas tu...

So, think again when you're about to believe or spread any rumours. Believe me, you're gonna be regret if you do.

Fin.

Sunday, 19 January 2014

Pain and Its Relation

Assalamualaikum...

Sebenarnye, takde idea sangat nak tulis ape. Then, tetiba ade orang share nukilan ni. It's a good reading material. Well, at least kita dapat detect ape kaitan dan punca sebenar setiap sakit yang selalu kita rasa tu kan. Maybe it's not a 100% true, tapi tak salah kita tambah pengetahuan right?


MATA 
(Bertindak balas dengan keadaan hati)
a) Mata menjadi merah
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur
Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG 
(Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
a) Selesema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
c) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

BATUK
a) Batuk keluar kahak
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG
a) Kerongkong kering
Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR 
(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. 
Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH
(Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.)
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser)
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk
Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung
Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT BERPELUH
a) Peluh masin
Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau
Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

RUAM DAN BISUL
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. 
Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas 
Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. 
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Jari Kaki
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

*TANDA-TANDA DALAMAN*

A. KEPALA
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) Loya/Muntah
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING
a) Kerap Kencing
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) Air Kencing Berkapur
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing Berminyak
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat Berwarna Coklat
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
a) Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) Sembelit
Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah
Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam
Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN
a) Rasa Sakit
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk
Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal
Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap
Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang
Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat/ Malas/ Lenguh
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) Badan Terasa Panas
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.


Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Fin.

Tuesday, 14 January 2014

Buat Salah Sendiri

Assalamualaikum...

Woo... jangan ler salah faham.. buat salah sendiri ataupun do your own mistakes. Sebab ape? Manusia ni diberikan akal oleh Allah. Maka perlulah kita menggunakan akal dengan sebaiknya. Contohnya, masa kita melakukan kesalahan, tak kisah la kesalahan macam mana sekalipun. Gunakan akal untuk belajar dari kesilapan supaya kita sendiri takkan ulang perkara sama berulang kali. Dan alangkah lebih baik jika kita dapat gunakan pengalaman berkaitan kesilapan kita tu untuk kita bantu mereka yang bakal melakukan kesilapan yang sebijik sama dengan kita. Well, at least kita dapat la tolong orang tu kan. Memang la belajar daripada kesilapan. Tak buat salah, maka tak belajar. Tapi, kita pun boleh belajar daripada kesilapan orang lain kan?

Believe it or not? *eceh, dah macam rancangan TV dulu tu pulak.. Sekali kita melakukan kesilapan/kesalahan, perkara tu akan terkesan dalam diri kita. Even kita try nak lupakan, actually mustahil. Kita akan teringat/terimbas perkara tu. But then, jangan seksa diri sendiri. Let's jadikan tu semua pedoman buat kita. Don't let the past haunts us. Make them as our best teachers. For our good sake, for our future.

And, tak kira ape pun yang jadi... berbalik la kita pada Yang Satu. Jangan sombong, jangan bongkak lagi-lagi denganNya. Kita ni tak lain tak bukan, menumpang je kat atas muka bumi ni. Memang kecik bebenor.....

Fin.

Sunday, 12 January 2014

Age & Attitude

Assalamualaikum...

Weekend memang bebetul weekend la... langsung tak terima/ tak layan sebarang gangguan. Tapi ade jugak manusia yang kureeeeng kefahaman. Call orang. Bila tak angkat, kita sms die tanya ada ape, sape empunya diri since no yang naik tu tak pernah tengok pun. Langsung tak reply, pastu miss call orang byk kali. Tapi kan, macam tau-tau je. AJ ade cakap "once again u call me, u'll deserve a herdikan". Then, takde call lagi dah. Hahaha.. Okay, drop it. Takde kaitan pun dengan post ni sebenarnye.

Pernah tak dengar orang sebut 'usia tak melambangkan peribadi'? Well, it's actually true. Tak semestinya orang yang lebih berusia, lebih dahulu makan rempah-ratus tu lebih matang. Ade je yang tahap kematangan dah serupa dengan budak belasan tahun even umur tu dah layak nak jadi bapak/mak budak pun. Salah siapa? No one actually... So, no need la u'alls nak menuding jari bebagai. Instead of tuding jari kat orang, apa kata tengok lagi 4 jari yang tunjuk kat diri sendiri tu.

Girls. Tahap kematangan mereka jauh lebih cepat compare dengan boys. Tapi, most of them are short-minded. Am I included? tetttt..... Indeed, memang kaum hawa ni lebih matang tapi selalunye diorang prefer buat keputusan ikut hati, bukannye akal. Pastu menyesal tak sudah. But, baiknye adalah learning from mistakes. Dah tau tu, takkan nak repeat benda sama ye dak?

Boys. Hooo.. diorang ni memang lambat benor matangnye. However, good thing about them is diorang ni la yang selalaunye pikir panjang. Gunakan akal dengan sepenuhnya, bukannye based on hati semata. Part tu memang undeniable la kan. Tapi itu la.. Nak tunggu diorang matang cenggitu la yang lemahnye...

That's why man needs woman, woman needs man. They're completing each other. It's norma.

Fin


Wednesday, 8 January 2014

Stress in Workplace, A Part of Life

Assalamualaikum...

Kerja dan stress. Actually, memang tak boleh nak pisahkan pun. Adat dunia la kan. But, it's depend on us how to handle the sress.

Firstly skali, moh ler kita nengok common act yang jadi kat tempat keje bila stress.

  • muka tegang nak mati. dah macam rupa shrek.
  • senyum? tak payah cakap la kan. mustahil ade...
  • sikit-sikit nak marah. salah besar kuman, tapi mengamuk macam hilang anak.
  • keje pun dah start merapu...
  • kalau boleh, semua orang la die nak telan. ingat cannibal ke ape?
  • duduk, berdiri.. serba tak kena.
  • rasa nak balik, tido. lantak la ape nak jadi dengan dunia ni.


*banyak lagi la kot tapi tak kuasa la pulak AJ nak tulis semuanye..haha

Okay, let's see these several ways yang boleh kita sesama buat untuk hilangkan stress. Well, at least reduce sikit la kan..


  • cuba istighfar tiap kali rasa nak marah. gangguan syaitan je semua tu..
  • letak la pokok bunga atas meja. biar ceria, tak mudah nak stress. tapi, agak-agak la saiznye tu. jangan over sampai sebesar meja. mau kena tempeleng dengan bos nanti.
  • letak perfume aromatherapy pun bagus sebenarnye. biar rasa mcm ala-ala kat spa gitu..have a cup of tea.. jasmine is one of the best. kandungan kimia dalam teh actually boleh buat kita tenang. no worries, bukannye dadah macam heroin bagai tu..
  • rajinkan diri ambil wuduk. tak payah nak tunggu solat baru nak ambil wuduk.
  • have a walk. pergi pantry ke, pusing-pusing kat floor lain ke. but, jangan la sampai orang charge anda curi tulang pulak. 
  • take a nap. nap ye, bukannye sleep. masa rehat tu, pejam mata sekejap and rest. if you have a quality nap, it'll be enough even it's just for a minute. 


Have a try, tak rugi ape-ape pun. In fact, u'll get the benefits.

Fin.

150 Juta *Fynn Jamal*

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu persatu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia"

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Kau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun, dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau yang salah saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
"Saya kenal sayang saya"

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lagi bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua....

p/s : very meaningful, at least to me..

Tuesday, 7 January 2014

Ragam Manusia : Keras Kepala

Assalamualaikum...

Still blur-blur ayam, tak tau nak pick genre macam mana untuk blog ni. *genre pun boleh la...* Lepas terlentang pikir, terduduk pikir, tak dapat jugak. Last-last, lantak kau la kan.. Bukan penting macam antara hidup dan mati pun. Dalam duk termenung, tetiba AJ terdengar la cite-cite orang kampung. Pastu, terus macam 'eh...better tulis je dalam blog kan'. So, here it goes..

Ragam manusia. Kalau nak suruh buat karangan, entah bila la baru nak habis. Manusia ni memang ade macam-macam ragam. Salah satunye ni haa.. 'keras kepala'. Sekeras-keras batu, kalau diketuk boleh lagi pecah kan. Ini kepala punye keras, takde ubat kot.

Orang yang keras kepala ni actually tends akan menyusahkan diri sendiri dan orang yang ade di sekeliling dia jugak. Kalau kau susah sorang-sorang, takpe la. Tapi, itulah dia manusia. Ye dak? Si KK (keras kepala) ni memang susah la nak terima pendapat dan teguran orang lain. Biasanye die akan rase macam "yes, aku yang betul okay! yang lain please dengar cakap aku." But, once die salah, die takkan mengaku pun. Sama ade die lempiaskan/sabitkan/kaitkan dengan nama org lain ataupun die akan buat derk aje. Kiranye agak kurang perasaan malu dan bersalah jugak la. Nampak tak? Agak kurang kesopanan la si KK.

Iye... kadang-kala keras kepala tu perlu. Tapi, kena la tengok keadaan dan situasinye jugak kan. Bila perlu kita menegakkan kebenaran, yes, keras kepala itu perlu. But, when we're on the wrong side, do admit and learn from it. Be a wise man instead of a bodoh sombong. There's nothing to lose when we admit our mistakes.

Fin.

Monday, 6 January 2014

Entah Ke Berapa Kali

Assalamualaikum..........

Memang pun. Dah berapa kali tulis blog. Tulis-delete-tulis-delete. Kekurangan masa and takde idea actually. Tak kisah la kan. Asal bahagia.

Fin.