Assalamualaikum....
Hampir bersawang dah blog, langsung takde update entry pape. Tau tak sawang tu ape? Web. Bukan web internet tu wahai cik adik manis. Spider web. Iye, yang spiderman selalu shoot sana-sini tapi hairan betul sekali shoot terus hilang. Bagus betul, eco-friendly.
Okay la. Tutup cerita pasal encik spiderman. Sedar tak Syawal dah hampir ke penghujungnya? Ape yang kita buat selain daripada jalan sana-sini pegi open house? Ade ambil tahu tentang isu semasa? Tentang MH17 dan tanah Gaza. Both berita sedih kita terima dalam bulan Ramadhan. Tentang jatuhnya pesawat MH17 dari laluan udara negara Ukraine akibat ditembak oleh pihak tak bertanggungjawab. Tentang ribuan manusia tak berdosa mati dibunuh di tanah Gaza oleh rejim kejam Zionis. Ade kita ambil tahu? Means betul-betul ambil tahu. Bukan sekadar mencedok serba sedikit ayat manusia tak bertamadun di alam maya. Dan apa tindakan kita?
Pesawat MH17. Terlalu banyak spekulasi, cercaan, makian yang bertaburan di alam maya. Ada yang menuduh kerajaan terlalu lemah, melemparkan cacian kepada pihak MAS mengatakan terlalu banyak maksiat. Enaknya manusia bila berbicara. Pernahkah kita terfikir, ape perasaan meraka? Pernah bayangkan berada di tempat keluarga mangsa? Telan sebaiknya segala cacian mereka yang langsung tak kenal mangsa, tapi mudah berkata-kata. Kalau anda berada di tempat mereka, belum tentu kalian redha dengan takdir Allah. Tersilap langkah Dia pula yang kalian salahkan. *sigh*
Tanah Gaza. Laungan takbir, hashtag pray for Gaza, boikot. Paling ketara bukan? Hampir kesemua profile picture di laman facebook ditukar. Bagi mereka yang tak menukarnya, hadiah makian diberikan. Dikata bodoh, buta menutup mata. Tapi, adakah anda pasti anda lebih banyak menghulurkan bantuan? Bagaimana sekiranya mereka yang dimaki itulah yang lebih banyak menghabiskan waktu di sejadah, memohon diberikan kekuatan kepada saudara Islam di Gaza, memohon agar Islam teguh berdiri di sana. Mampukah anda mencari kesemua mereka yang anda maki untuk memohon seribu kemaafan? Boikot. Memang tiada salahnya namun biarlah diiringi fakta yang sahih. Jangan kerana emosi atau ikutan ramai. Sehinggakan nyawa manusia yang mencari rezeki yang dipertaruhkan. Boikotlah. Bukan pada barang atau produknya tetapi boikotlah pada sifat dan sikapnya. Bangga menyertai majlis amal Palestin dan kempen boikot, tetapi lebih bangga meneguk arak, menghembus rokok dan bergambar mesra bersama teman bukan mahramnya. Adakah bangga mengutip pahala namun pada masa yang sama bangga menabur dosa? Fikir-fikirkanlah.
Alhamdulillah.
Namun kekalutan, kesedihan dengan berita di bulan Ramadhan, ada sinar kegembiraan, kebahagiaan di hujung Syawal. Mangsa nahas pesawat MAS akhirnya selamat dibawa pulang dan dikebumikan. Akhirnya kembali ke pangkuan keluarga dan kembali kepada Penciptanya buat selama-lamanya. Begitu juga dengan tanah Gaza yang diisytiharkan bebas apabila berita genjatan senjata diumumkan. Tanah tumpah darah pejuangnya akhirnya kembali kepada mereka yang berhak. Syukur Alhamdulillah.
Bila mana kedua-dua berita gembira diumumkan, bagaimana dengan Malaysia? Merdekakah kita sebenarnya?
Fin.
No comments:
Post a Comment