Wednesday, 29 January 2014

Muka Buku. Let's Sedar Diri!

Assalamualaikum...

Oii..sebut pasal mukabuku, sape yang tak tahu kan? Tak perlu mention pakcik makcik yang umur dah ke depan tu.. Tapi kan, ade je golongan warga platinum ni yang tau guna fb, kalah golongan muda belia ni. Sebut pasal FB, memang la semua orang suka. Boleh up status, up photo tak kisah la yang candid ke selfie ke, pastu up video jugak. Makin ramai yang like, makin galak kan. However, berapa ramai yang betul-betul aware tentang FB? FB tu memang tak bersalah, yang bersalah si penggunanya.

FB pulak, makin lama makin up to date. Seingat AJ, dulu-dulu cuma boleh up status, gambar and video je. Sekarang dah boleh tag macam-macam. Feeling korang, places you go. Pastu emoticon pulak makin banyak, nak yang animasi, statik, semua ada la senang cerita. On one side memang la bagus, boleh share macam-macam. But then....

Korang tahu tak the word 'privacy'? Ala..ade je kot button 'share with' tu. Pick jela custom. Tak perlu nak public. Tak semua kita patut share dengan public. Some of it adalah perkara yang berkaitan dengan family. Example : masalah dengan parent, siblings or your husband/wife. 

"Bodoh la parent aku, tak bagi keluar malam ni..Gua baru plan nak kasi satu round ini malam. Malam masih muda la bro.."
Nampak tak? Actually korang dah buktikan kebodohan diri sendiri. 

"Untung betul si A, nak apa semua husband die kasi. Nak harapkan hubby I...berangan jela.."
Nampak tak? Korang jatuhkan maruah husband korang sendiri plus menunjukkan yang korang ni materialistik sebenarnya.

Banyak lagi status camni, nak yang lagi teruk, ade makin hamun punya pun ada. AJ jela yang tak sanggup nak tulis. Kesat sangat-sangat. Dah hilang adab as a Muslim and Malaysian. Lagi-lagi yang maki hamun tu perempuan. Adoyai, malu kot lagi-lagi bila lelaki yang baca. Korang rasa diorang lagi tertarik ke? Makcik pakcik yang elok-elok berkenan tengok muka korang, terus cancel nak jadikan menantu. Takut jadi menantu hantu pulak. And then, jenis yang suka sangat nak bagitau buat apa, kat mana. Buatnya ada orang nak aniaya korang, tak pasal-pasal dapat tahu location korang dengan senang. Yang jenis nak buat FB jadi diari korang pun masalah jugak. Every minute up status such as..
'baru bangun,morning!'
'i baru nak mandi, baru la wangi.'
'okay, dah siap mandi. guna dove, wangi sangat!'  
T-T

"Kalau nak privacy, tak payah ada FB la." 
"Apehal yang AJ ni sibuk sangat? FB sendiri-sendiri kan."
"Bajet baik la tu..."
Fine.

Memang takde kaitan pun dengan AJ. It's just a pesanan, reminder. Note to myself too. So, I really don't mind if korang nak ambil kisah or tak. It's our choice. Your choice, determines how's your life will gonna be. 

Fin.


Tuesday, 28 January 2014

Ragam Manusia : Kedekut Bakhil

Assalamualaikum..

Pernah tak jumpa orang yang kedekut? Confirm la memang pernah jumpa kan. Tapi, tak mustahil untuk korang jumpa makhluk yang bersifat kedekut bakhil. Means, kedekut berganda-ganda. Kebiasaannya orang yang kedekut ni bukan la daripada golongan papa or miskin. Mostly golongan kaya. Why? Sebab diorang ni tend untuk fikir nanti duit yang diorang ada akan habis. Not just kedekut nak spend beli barang, in fact diorang akan jadi lebih kedekut bila ada orang datang minta derma kat golongan KB camni. Biasa la kan, nanti bila derma duit diorang akan habis. -_-

Golongan KB ni jugak selalunya kedekut atas alasan yang merepek je. Sometimes alasan diorang bagi tu tak masuk dek akal. Even kalau kita duk kutuk depa pun, depa memang pekakkan telinga ja. Buat-buat tak dengar. Bagi diorang, ape yang diorang buat tu tak salah pun. Dengan alasan, tu kan duit diorang. Ikut suka hati diorang la nak manage macam mana. Memang tak salah tapi senang je. Humanity. Pikir la kan.

Sebenarnye, bila korang rajin menderma tanpa mengharapkan apa-apa balasan, korang dah buka pintu keikhlasan kat hati korang tu. Bila dah ikhlas, jangan risau.. Allah dah tetapkan bahagian dan balasan untuk korang. It's just kita tak tahu either di muka bumi ataupun di akhirat. Plus, harta tu semua tak boleh bawak ke alam sana pun. But, setakat nak masukkan dalam liang lahad tu for sure takde masalah. Pesan kat orang yang uruskan jenazah golongan KB ni, masukkan sekali harta diorang masa nak kebumikan.

Fin.

Friday, 24 January 2014

Rumours

Assalamualaikum....

Good day. Everyday is a very good day. Betul la kan. Jangan pernah bersangka buruk pada setiap hari yang berlalu. Setiap hari yang berlalu, pasti ada sebab atas setiap ape yang berlaku pada hari tersebut. Never ever blame others okay. Well, ni selingan je sebenarnya.. ^.^

Rumours.

Bahaya rumours ni sebenarnya. Okay, rumours means khabar angin. Maknanya, khabar yang terawang-awang. Kita sendiri tak tahu sejauh mana kesahihannya. But, human tends to believe what did the rumours said. Rumours, bila tak betul jadi fitnah. Bila betul pulak jadi umpatan, then menimbulkan permusuhan. Nampak tak penangan rumours?

Actually, AJ tak suka dan tak nak pun percaya pada any of those rumours. Sebabnya, kita tak tahu pun betul ke tak khabar angin tu. Then, bila kita pulak pegi bercerita pada orang lain, dah tersebar pulak khabar angin tu ye dak? Tetiba, khabar angin yang kita duk sebar-sebar tu pulak salah, tak betul pun. Tak ke jadi fitnah. Fitnah berganda-ganda kan. Lepas tu, rasa bersalah. Nak pergi mintak maaf dengan mangsa fitnah? Hmm... boleh fikir kot ape jadi lepas tu...

So, think again when you're about to believe or spread any rumours. Believe me, you're gonna be regret if you do.

Fin.

Sunday, 19 January 2014

Pain and Its Relation

Assalamualaikum...

Sebenarnye, takde idea sangat nak tulis ape. Then, tetiba ade orang share nukilan ni. It's a good reading material. Well, at least kita dapat detect ape kaitan dan punca sebenar setiap sakit yang selalu kita rasa tu kan. Maybe it's not a 100% true, tapi tak salah kita tambah pengetahuan right?


MATA 
(Bertindak balas dengan keadaan hati)
a) Mata menjadi merah
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur
Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG 
(Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
a) Selesema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
c) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

BATUK
a) Batuk keluar kahak
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG
a) Kerongkong kering
Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR 
(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. 
Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH
(Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.)
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser)
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk
Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung
Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT BERPELUH
a) Peluh masin
Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau
Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

RUAM DAN BISUL
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. 
Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas 
Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. 
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Jari Kaki
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

*TANDA-TANDA DALAMAN*

A. KEPALA
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) Loya/Muntah
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING
a) Kerap Kencing
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) Air Kencing Berkapur
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing Berminyak
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat Berwarna Coklat
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
a) Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) Sembelit
Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah
Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam
Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN
a) Rasa Sakit
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk
Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal
Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap
Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang
Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat/ Malas/ Lenguh
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) Badan Terasa Panas
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.


Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Fin.

Tuesday, 14 January 2014

Buat Salah Sendiri

Assalamualaikum...

Woo... jangan ler salah faham.. buat salah sendiri ataupun do your own mistakes. Sebab ape? Manusia ni diberikan akal oleh Allah. Maka perlulah kita menggunakan akal dengan sebaiknya. Contohnya, masa kita melakukan kesalahan, tak kisah la kesalahan macam mana sekalipun. Gunakan akal untuk belajar dari kesilapan supaya kita sendiri takkan ulang perkara sama berulang kali. Dan alangkah lebih baik jika kita dapat gunakan pengalaman berkaitan kesilapan kita tu untuk kita bantu mereka yang bakal melakukan kesilapan yang sebijik sama dengan kita. Well, at least kita dapat la tolong orang tu kan. Memang la belajar daripada kesilapan. Tak buat salah, maka tak belajar. Tapi, kita pun boleh belajar daripada kesilapan orang lain kan?

Believe it or not? *eceh, dah macam rancangan TV dulu tu pulak.. Sekali kita melakukan kesilapan/kesalahan, perkara tu akan terkesan dalam diri kita. Even kita try nak lupakan, actually mustahil. Kita akan teringat/terimbas perkara tu. But then, jangan seksa diri sendiri. Let's jadikan tu semua pedoman buat kita. Don't let the past haunts us. Make them as our best teachers. For our good sake, for our future.

And, tak kira ape pun yang jadi... berbalik la kita pada Yang Satu. Jangan sombong, jangan bongkak lagi-lagi denganNya. Kita ni tak lain tak bukan, menumpang je kat atas muka bumi ni. Memang kecik bebenor.....

Fin.

Sunday, 12 January 2014

Age & Attitude

Assalamualaikum...

Weekend memang bebetul weekend la... langsung tak terima/ tak layan sebarang gangguan. Tapi ade jugak manusia yang kureeeeng kefahaman. Call orang. Bila tak angkat, kita sms die tanya ada ape, sape empunya diri since no yang naik tu tak pernah tengok pun. Langsung tak reply, pastu miss call orang byk kali. Tapi kan, macam tau-tau je. AJ ade cakap "once again u call me, u'll deserve a herdikan". Then, takde call lagi dah. Hahaha.. Okay, drop it. Takde kaitan pun dengan post ni sebenarnye.

Pernah tak dengar orang sebut 'usia tak melambangkan peribadi'? Well, it's actually true. Tak semestinya orang yang lebih berusia, lebih dahulu makan rempah-ratus tu lebih matang. Ade je yang tahap kematangan dah serupa dengan budak belasan tahun even umur tu dah layak nak jadi bapak/mak budak pun. Salah siapa? No one actually... So, no need la u'alls nak menuding jari bebagai. Instead of tuding jari kat orang, apa kata tengok lagi 4 jari yang tunjuk kat diri sendiri tu.

Girls. Tahap kematangan mereka jauh lebih cepat compare dengan boys. Tapi, most of them are short-minded. Am I included? tetttt..... Indeed, memang kaum hawa ni lebih matang tapi selalunye diorang prefer buat keputusan ikut hati, bukannye akal. Pastu menyesal tak sudah. But, baiknye adalah learning from mistakes. Dah tau tu, takkan nak repeat benda sama ye dak?

Boys. Hooo.. diorang ni memang lambat benor matangnye. However, good thing about them is diorang ni la yang selalaunye pikir panjang. Gunakan akal dengan sepenuhnya, bukannye based on hati semata. Part tu memang undeniable la kan. Tapi itu la.. Nak tunggu diorang matang cenggitu la yang lemahnye...

That's why man needs woman, woman needs man. They're completing each other. It's norma.

Fin


Wednesday, 8 January 2014

Stress in Workplace, A Part of Life

Assalamualaikum...

Kerja dan stress. Actually, memang tak boleh nak pisahkan pun. Adat dunia la kan. But, it's depend on us how to handle the sress.

Firstly skali, moh ler kita nengok common act yang jadi kat tempat keje bila stress.

  • muka tegang nak mati. dah macam rupa shrek.
  • senyum? tak payah cakap la kan. mustahil ade...
  • sikit-sikit nak marah. salah besar kuman, tapi mengamuk macam hilang anak.
  • keje pun dah start merapu...
  • kalau boleh, semua orang la die nak telan. ingat cannibal ke ape?
  • duduk, berdiri.. serba tak kena.
  • rasa nak balik, tido. lantak la ape nak jadi dengan dunia ni.


*banyak lagi la kot tapi tak kuasa la pulak AJ nak tulis semuanye..haha

Okay, let's see these several ways yang boleh kita sesama buat untuk hilangkan stress. Well, at least reduce sikit la kan..


  • cuba istighfar tiap kali rasa nak marah. gangguan syaitan je semua tu..
  • letak la pokok bunga atas meja. biar ceria, tak mudah nak stress. tapi, agak-agak la saiznye tu. jangan over sampai sebesar meja. mau kena tempeleng dengan bos nanti.
  • letak perfume aromatherapy pun bagus sebenarnye. biar rasa mcm ala-ala kat spa gitu..have a cup of tea.. jasmine is one of the best. kandungan kimia dalam teh actually boleh buat kita tenang. no worries, bukannye dadah macam heroin bagai tu..
  • rajinkan diri ambil wuduk. tak payah nak tunggu solat baru nak ambil wuduk.
  • have a walk. pergi pantry ke, pusing-pusing kat floor lain ke. but, jangan la sampai orang charge anda curi tulang pulak. 
  • take a nap. nap ye, bukannye sleep. masa rehat tu, pejam mata sekejap and rest. if you have a quality nap, it'll be enough even it's just for a minute. 


Have a try, tak rugi ape-ape pun. In fact, u'll get the benefits.

Fin.

150 Juta *Fynn Jamal*

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu persatu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia"

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Kau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun, dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau yang salah saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
"Saya kenal sayang saya"

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lagi bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua....

p/s : very meaningful, at least to me..

Tuesday, 7 January 2014

Ragam Manusia : Keras Kepala

Assalamualaikum...

Still blur-blur ayam, tak tau nak pick genre macam mana untuk blog ni. *genre pun boleh la...* Lepas terlentang pikir, terduduk pikir, tak dapat jugak. Last-last, lantak kau la kan.. Bukan penting macam antara hidup dan mati pun. Dalam duk termenung, tetiba AJ terdengar la cite-cite orang kampung. Pastu, terus macam 'eh...better tulis je dalam blog kan'. So, here it goes..

Ragam manusia. Kalau nak suruh buat karangan, entah bila la baru nak habis. Manusia ni memang ade macam-macam ragam. Salah satunye ni haa.. 'keras kepala'. Sekeras-keras batu, kalau diketuk boleh lagi pecah kan. Ini kepala punye keras, takde ubat kot.

Orang yang keras kepala ni actually tends akan menyusahkan diri sendiri dan orang yang ade di sekeliling dia jugak. Kalau kau susah sorang-sorang, takpe la. Tapi, itulah dia manusia. Ye dak? Si KK (keras kepala) ni memang susah la nak terima pendapat dan teguran orang lain. Biasanye die akan rase macam "yes, aku yang betul okay! yang lain please dengar cakap aku." But, once die salah, die takkan mengaku pun. Sama ade die lempiaskan/sabitkan/kaitkan dengan nama org lain ataupun die akan buat derk aje. Kiranye agak kurang perasaan malu dan bersalah jugak la. Nampak tak? Agak kurang kesopanan la si KK.

Iye... kadang-kala keras kepala tu perlu. Tapi, kena la tengok keadaan dan situasinye jugak kan. Bila perlu kita menegakkan kebenaran, yes, keras kepala itu perlu. But, when we're on the wrong side, do admit and learn from it. Be a wise man instead of a bodoh sombong. There's nothing to lose when we admit our mistakes.

Fin.

Monday, 6 January 2014

Entah Ke Berapa Kali

Assalamualaikum..........

Memang pun. Dah berapa kali tulis blog. Tulis-delete-tulis-delete. Kekurangan masa and takde idea actually. Tak kisah la kan. Asal bahagia.

Fin.