Assalamualaikum...
Hari Jumaat. Penghulu segala hari. Dan hari Jumaat ini juga bermakna telah lebih seminggu arwah bapa saudara AJ telah kembali kepada Penciptanya. Setiap yang hidup pasti akan menemui detik kematiannya. Siapa yang dapat menyangka, arwah yang dilihat tiada sakit pada dirinya tiba-tiba meninggal dunia. Arwah memejamkan mata pada malam hari namun tiada lagi bangkit untuk menemui Subuhnya. Bukan mudah tapi alhamdulillah, kami redha dengan segala yang telah berlaku. Namun, dalam keluarga masih lagi berduka, muncul manusia yang langsung tak mengenal erti perikemanusiaan.
Politik. Ya. Arwah menyertai parti politik. So, apa salahnya? Kenapa adanya manusia yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang seakan langsung tidak memikirkan perasaan balu dan anak-anaknya? Menyatakan bahawa betapa sayangnya bila mana arwah mati dalam parti yang tidak dipersetujuinya, dan bukannya parti ketika awal pembabitan arwah. Manusia apakah anda? Menggunakan nama dan profil samaran. Kenapa tidak menggunakan profil sebenar? Apa takut dihentam mungkin. Pengecut. Selama berpuluh tahun AJ bernafas, belum sekalipun AJ mendengar parti biru atau hijau itu sebenarnya adalah anutan agama. Hidup atau mati kita, Islam, Hindu, Buddha, Kristian itu adalah agama. Bukan parti politik.
Manusia yang cuma hebat di alam maya, sekadar menjadi keyboard warrior adalah manusia yang kurangnya common sense dan kasih sayang. Marah? Langsung tak. Cuma terkilan dengan sifat manusia begini.
Ya. Mungkin bagi mereka, arwah tersilap langkah. Namun, bagi kami yang begitu mengenali arwah, arwah tiada cacat celanya. Arwah merupakan seorang suami yang bertanggungjawab, tak pernah mengabaikan peranannya sebagai suami kepada isterinya. Arwah juga merupakan seorang bapa yang penyayang, tak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak-anaknya. Tak pernah lupa tanggungjawab kepada adik-beradiknya. Tegas namun baik hatinya. Bagi kami, arwah cukup sempurna.
So, kenapa adanya manusia yang tak bertanggungjawab yang seakan seronok meluahkan perasan yang terbuku di hati tapi pada masa yang sama, mencarik perasaan keluarga arwah. Semoga kalian dibukakan hatinya oleh Allah agar menyedari ketelanjuran diri.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa arwah semasa hayatnya dan tempatkan dia dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman. Amin. Al-Fatihah.
Dalam kenangan, (1956 - 2014)
Fin.
Entangled
Epitome of Life
Thursday, 4 September 2014
Saturday, 30 August 2014
Penghujung Syawal
Assalamualaikum....
Hampir bersawang dah blog, langsung takde update entry pape. Tau tak sawang tu ape? Web. Bukan web internet tu wahai cik adik manis. Spider web. Iye, yang spiderman selalu shoot sana-sini tapi hairan betul sekali shoot terus hilang. Bagus betul, eco-friendly.
Okay la. Tutup cerita pasal encik spiderman. Sedar tak Syawal dah hampir ke penghujungnya? Ape yang kita buat selain daripada jalan sana-sini pegi open house? Ade ambil tahu tentang isu semasa? Tentang MH17 dan tanah Gaza. Both berita sedih kita terima dalam bulan Ramadhan. Tentang jatuhnya pesawat MH17 dari laluan udara negara Ukraine akibat ditembak oleh pihak tak bertanggungjawab. Tentang ribuan manusia tak berdosa mati dibunuh di tanah Gaza oleh rejim kejam Zionis. Ade kita ambil tahu? Means betul-betul ambil tahu. Bukan sekadar mencedok serba sedikit ayat manusia tak bertamadun di alam maya. Dan apa tindakan kita?
Pesawat MH17. Terlalu banyak spekulasi, cercaan, makian yang bertaburan di alam maya. Ada yang menuduh kerajaan terlalu lemah, melemparkan cacian kepada pihak MAS mengatakan terlalu banyak maksiat. Enaknya manusia bila berbicara. Pernahkah kita terfikir, ape perasaan meraka? Pernah bayangkan berada di tempat keluarga mangsa? Telan sebaiknya segala cacian mereka yang langsung tak kenal mangsa, tapi mudah berkata-kata. Kalau anda berada di tempat mereka, belum tentu kalian redha dengan takdir Allah. Tersilap langkah Dia pula yang kalian salahkan. *sigh*
Tanah Gaza. Laungan takbir, hashtag pray for Gaza, boikot. Paling ketara bukan? Hampir kesemua profile picture di laman facebook ditukar. Bagi mereka yang tak menukarnya, hadiah makian diberikan. Dikata bodoh, buta menutup mata. Tapi, adakah anda pasti anda lebih banyak menghulurkan bantuan? Bagaimana sekiranya mereka yang dimaki itulah yang lebih banyak menghabiskan waktu di sejadah, memohon diberikan kekuatan kepada saudara Islam di Gaza, memohon agar Islam teguh berdiri di sana. Mampukah anda mencari kesemua mereka yang anda maki untuk memohon seribu kemaafan? Boikot. Memang tiada salahnya namun biarlah diiringi fakta yang sahih. Jangan kerana emosi atau ikutan ramai. Sehinggakan nyawa manusia yang mencari rezeki yang dipertaruhkan. Boikotlah. Bukan pada barang atau produknya tetapi boikotlah pada sifat dan sikapnya. Bangga menyertai majlis amal Palestin dan kempen boikot, tetapi lebih bangga meneguk arak, menghembus rokok dan bergambar mesra bersama teman bukan mahramnya. Adakah bangga mengutip pahala namun pada masa yang sama bangga menabur dosa? Fikir-fikirkanlah.
Alhamdulillah.
Namun kekalutan, kesedihan dengan berita di bulan Ramadhan, ada sinar kegembiraan, kebahagiaan di hujung Syawal. Mangsa nahas pesawat MAS akhirnya selamat dibawa pulang dan dikebumikan. Akhirnya kembali ke pangkuan keluarga dan kembali kepada Penciptanya buat selama-lamanya. Begitu juga dengan tanah Gaza yang diisytiharkan bebas apabila berita genjatan senjata diumumkan. Tanah tumpah darah pejuangnya akhirnya kembali kepada mereka yang berhak. Syukur Alhamdulillah.
Bila mana kedua-dua berita gembira diumumkan, bagaimana dengan Malaysia? Merdekakah kita sebenarnya?

Sunday, 6 July 2014
Political Issue
Assalamualaikum
Hoih.. kalau sebut tentang politik rasanye Malaysia pun tak kalah der. Yela, dah macam drama TV3 pun ade jugak. Tapi, kiranye ni drama realiti la. Nak tergelak, nak marah, nak sedih, senang cerita cukup lengkap la. Drama la gitu kan.
Wooo..stop right there! Freeze!
AJ tak minat politik. Done. Dah tak payah nak tolong susah nak cakap rakyat ape la AJ ni tak minat dengan politik. Well, AJ memang cakap tak minat tapi tak bermakna tak ambil tahu. Kan? Isu semasa, haruslah ambil tahu jugak. Kang tak pasal-pasal kena isytihar katak bawah tempurung. AJ tak suka katak so takkan la nak jadi macam katak. Better jadi macam kucing, comel apee...
Some politics are worth to take part in, but mostly aren't. Sebenarnye, dalam hidup kita semuanya adalah politik. Believe it or not. Tak percaya pegi library, bukak kamus dewan. Cari perkataan 'politik'. Korang akan faham ape yang AJ cakap ni. Sebabnye AJ malas nak hurai kat sini. Macam takde faedah pape pun kan. Better share benda berilmiah. Ade juga la faedahnye. Ye dak?
Okay, bye. Malas nak tulis panjang-panjang. Sebut pasal politik terus hilang idea. Haha.

Saturday, 5 July 2014
Ramadan
Assalamualaikum
Baru perasan, bulan June langsung tak publish any entry. Can be avoided, quite busy. Busy dengan kerja, tentang hidup, tentang study. Alhamdulillah, masuk aje bulan Ramadhan semua pun dipermudahkan dan insyaAllah akan settle just soon enough.
Marhaban ya Ramadhan.
Bulan penuh kemuliaan. Penuh dengan keredhaan. But, do we really appreciate it just the way it is? It's been 8 days already. Yes, just only 8 days but there's lot of things I've witnessed with my own eyes. Sadly, it's not a good thing.
AJ tak tahu apa pandangan orang lain and I don't really want to know. Tak kira berapa atau apa alasan sekalipun, but please jangan terlalu lewa. Puasa di bulan Ramadhan. Dah tertulis dalam Rukun Islam 5 perkara. Bagi yang tak tahu Rukun Islam, here it is. As an Islam, do remember it.
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam.
3. Mengeluarkan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Makkah bagi yang berkemampuan.
Puasa. Tak susah sebenarnya. Cuma antara mahu atau tidak. Mereka yang miskin hampir setiap hari terpaksa berpuasa, mengikat perut. Kita yang cukup pakai, cukup makan, cukup sifat bagi 1001 alasan tak nak berpuasa. Kalau tak boleh atas alasan kesihatan, takde masalah. Tapi, still wajib untuk gantikan puasa tu. Takde alasan, takde dolak-dalih.
Tapi, sekarang... sedih AJ tengok masyarakat Melayu Islam sekarang. Sudahlah tak berpuasa, terang-terangan tunjukkan di khalayak. Sekalipun tiada rasa malu pada Allah, sekurang-kurangnya malulah pada manusia lain yang berpuasa. Adab, di mana letaknya? Bagi yang melakukan kerja berat, iye dibolehkan berbuka tapi tak bermaksud boleh makan minum depan orang ramai. Segan pun dah takde, apatah lagi silu kan.
Ade jugak yang tak puasa. Alasannya merokok. Bila ditegur, melenting. Siap nak berparang bagai. Tak tahu la ape taraf sivik di Malaysia sekarang. Alasan terakhir, syukurlah Malaysia masih aman. Tak suka pindah luar. Kenyataan yang paling .........
p/s: Masing-masing ade akal, jangan sampai berfikiran dangkal. Usia dah meninggi, reti-reti bawak diri.

Saturday, 24 May 2014
Ragam Manusia : Manusia Manja
Assalamualaikum...
Sigh. Sedih betul AJ dengan manusia zaman sekarang. AJ adalah manusia tahun 90-an. Tak sempat nak millenium mana pun. (-_-') But, I don't care plus AJ bersyukur sangat-sangat sebab banyak yang AJ dapat belajar.
Tapi berbeza dengan zaman sekarang..... Budak-budak zaman sekarang terlalu 'manja'. Tak boleh dimarah, dirotan, ditegur. Pantang ditegur, sepak terajang la jawapannya. Pisau dah jadi bahan mainan. Hmm... entah mana pergi rasa hormat.
---
Zaman dulu.
Kami main tali, baling selipar/tin, bola beracun.
Zaman sekarang.
Kami main PSP, XBox.
Zaman dulu.
Kami bertumbuk dan berdamai.
Zaman sekarang.
Kami bertumbuk, guna pisau, pistol sampai mati.
Zaman dulu.
Cikgu rotan, mak ayah pergi sekolah ucap terima kasih. Balik rumah tambah lagi rotan. Kami marah tapi tak pernah benci. Kami hormat, minta maaf sebab tahu salah.
Zaman sekarang.
Cikgu marah/rotan, mak ayah pergi sekolah saman sekolah. Kami marah siap berdendam. Esok pergi sekolah belasah cikgu teruk-teruk. Kami kan pailang.
Zaman dulu.
Kami main bunga api, mercun, meriam buluh lawan kampung seberang kat tengah padang. Kami gelak sorak tengok siapa menang. Bila raya, jumpa salam makan sama-sama.
Zaman sekarang.
Kami main mercun lempar rumah orang. Kalau meletup lagi bagus. Bila raya, jumpa amik duit raya, blah. TV lagi penting bagi kami.
Zaman dulu.
Kami takut nak kereta laju-laju, nanti kena saman, langgar orang.
Zaman sekarang.
Kami bawak kereta motor laju. Baru la boleh jadi macam dalam filem.
---
Di manakah moral manusia?
Di manakah sopan santun budi pekerti rakyat Malaysia?
Apakah harga satu nyawa?
Zaman dulu dan sekarang terlalu jauh berbeza.
Apakah takde timbul rasa ingin mengembalikan semua ini?
Dunia semakin tua. Bumi semakin nazak.
Lelah dengan manusia yang alpa.
Tak perlu jauh. Mulakan dari diri sendiri dan keluarga.

Tuesday, 20 May 2014
Tak Semua
Percaya atau tidak?
Tak semua boleh kau dapat.
Bilamana kau sangka hidup kau adalah segalanya, pasti kau merasa satu kehilangan.
Kehilangan yang tak mungkin dapat kau sangkal.
Kemewahan yang kau tuhankan.
Umpama dunia buat si miskin.
Rupanya hama di mata Dia.
Tak semua boleh kau miliki.
Kau mampu ingin.
Mampu kau kehendaki.
Namun mustahil kau miliki.
Hati.
Kecil tapi besar.
Mahunya lantang tak bertepi.
Tak kenal erti tidak
Peduli sebelah mata
Tak kenal erti tidak
Peduli sebelah mata
Wednesday, 14 May 2014
Surat Kepada Engineer Automotif
Assalamualaikum..
Ke hadapan abang-abang dan akak-akak engineer automotif sekalian. Saya AJ. Iye, saya bukanlah seorang perdana menteri, jauh sekali seorang permaisuri. Saya cuma seorang pengguna jalan raya, dari usia saya 18 tahun sampai la sekarang. *Okay, tak payah nak tahu usia saya sekarang. Yang pasti saya still muda. Haha. *
Tujuan saya menulis surat ni adalah kerana saya simpati dengan abang dan akak yang punya la penat bekerja, perah blend otak nak suruh idea mencurah-curah jatuh ke ladang gandum. Tapi, manusia sekarang tak reti nak hargai. Jangan risau, saya tak tergolong dalam kalangan tu. Saya sokong abang dan akak sekalian!
Buat abang dan akak engineer,
Meh sini saya cite ape yang dah jadi dengan kenderaan yang abang dan akak cipta tu. Tapi, sebelum tu tarik nafas dan hembus slow-slow ye. Istighfar banyak-banyak jugak. Macam ni ceritanye...
1) Signal
- Yela, abang dah cipta baik punya kedudukan signal pada kereta. Ye dak? Tapi kan, diorang tak tahu pun yang signal tu perlu digunakan bila nak masuk lorong atau bila nak ke kanan atau ke kiri. Diorang berhenti suka-suki diorang aje. Tapi, kira okay lagi la tu. Siap ade jugak yang pergi spray signal tu dengan colour hitam. Bak kata Wan Kamaruddin, ape kejadahnye ini semua? On signal tapi tak nampak pun signal tu berkelip-kelip.
2) Lampu
- Abang dan akak reka lampu tu warna oren kan? Kalau tak pun, ade la certain warna putih. But it's okay coz both tak menyakitkan mata pemandu lain. Tahniah atas usaha abang dan akak tu, terima kasih. Tapi kan, diorang memandai dah ubah sekarang. Tukar lampu tu dengan lampu colour lain ; biru, hijau, kuning. Bak kata makcik Astro, macam-macam ada... Ade yang guna mentol rumah lagi. Ala.... yang abang akak letak kat dalam bilik tu, yang on bila nak tido je. Ha! Lampu tidur namanye. Wait.. ade lagi! Ade jugak tau manusia yang letak lampu kalimantan kat bawah kereta. Tapi okay la, ade jugak kebaikannye. Tolong suluh jalan raya, yela... kot-kot ade pulak cicak tikus kena langgar. Tak pasal-pasal jadi lempeng, tak gitu abang akak?
Kepada abang dan akak yang disayangi,
Disebabkan saya prihatin pada abang dan akak, saya ade cadangan untuk abang akak sekalian. Ape kata abang akak bagi free gift tukul sekali dengan kereta tu. Iye la, nanti senang ye dak? Kalau diorang rasa macam tak nak guna signal tu, boleh je ketuk kasi berkecai. Plastik dan kaca tu boleh hantar pusat kita semula. Jimat kos dan menyelamatkan alam sekitar. Haa... 2 in 1 tu.
Lepas tu... lepas tu... abang akak sertakan sekali spotlight as a bonus beli kereta. Tambah berapa ringgit sikit terus dapat spotlight. Pun menjimatkan tau. Sebabnye, nanti bila nak main bola tak payah la nak bukak spotlight kat padang banyak-banyak. Guna yang kereta diorang je. Bila dapat score guna hon kereta tu instead of jerit 'goal!!!!' sampai sakit anak tekak. Kat situ aje dah dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di Malaysia.
Okay la abang akak engineer. Saya pun dah takde idea nak tulis ape lagi. Kang nanti kalau tetiba ade mentol atas kepala, saya tulis surat 2nd part pulak ea.
Yang benar,
AJ

Subscribe to:
Comments (Atom)