Saturday, 24 May 2014

Ragam Manusia : Manusia Manja

Assalamualaikum...

Sigh. Sedih betul AJ dengan manusia zaman sekarang. AJ adalah manusia tahun 90-an. Tak sempat nak millenium mana pun. (-_-') But, I don't care plus AJ bersyukur sangat-sangat sebab banyak yang AJ dapat belajar.

Tapi berbeza dengan zaman sekarang..... Budak-budak zaman sekarang terlalu 'manja'. Tak boleh dimarah, dirotan, ditegur. Pantang ditegur, sepak terajang la jawapannya. Pisau dah jadi bahan mainan. Hmm... entah mana pergi rasa hormat.

---

Zaman dulu.
Kami main tali, baling selipar/tin, bola beracun.

Zaman sekarang.
Kami main PSP, XBox.

Zaman dulu.
Kami bertumbuk dan berdamai.

Zaman sekarang.
Kami bertumbuk, guna pisau, pistol sampai mati.

Zaman dulu.
Cikgu rotan, mak ayah pergi sekolah ucap terima kasih. Balik rumah tambah lagi rotan. Kami marah tapi tak pernah benci. Kami hormat, minta maaf sebab tahu salah.

Zaman sekarang.
Cikgu marah/rotan, mak ayah pergi sekolah saman sekolah. Kami marah siap berdendam. Esok pergi sekolah belasah cikgu teruk-teruk. Kami kan pailang.

Zaman dulu.
Kami main bunga api, mercun, meriam buluh lawan kampung seberang kat tengah padang. Kami gelak sorak tengok siapa menang. Bila raya, jumpa salam makan sama-sama.

Zaman sekarang.
Kami main mercun lempar rumah orang. Kalau meletup lagi bagus. Bila raya, jumpa amik duit raya, blah. TV lagi penting bagi kami.

Zaman dulu.
Kami takut nak kereta laju-laju, nanti kena saman, langgar orang.

Zaman sekarang.
Kami bawak kereta motor laju. Baru la boleh jadi macam dalam filem.

---

Di manakah moral manusia?
Di manakah sopan santun budi pekerti rakyat Malaysia?
Apakah harga satu nyawa?

Zaman dulu dan sekarang terlalu jauh berbeza.
Apakah takde timbul rasa ingin mengembalikan semua ini?
Dunia semakin tua. Bumi semakin nazak.
Lelah dengan manusia yang alpa.
Tak perlu jauh. Mulakan dari diri sendiri dan keluarga.

Fin.

Tuesday, 20 May 2014

Tak Semua

Percaya atau tidak?

Tak semua boleh kau dapat.

Bilamana kau sangka hidup kau adalah segalanya, pasti kau merasa satu kehilangan. 
Kehilangan yang tak mungkin dapat kau sangkal.
Kemewahan yang kau tuhankan.
Umpama dunia buat si miskin.
Rupanya hama di mata Dia.

Tak semua boleh kau miliki.

Kau mampu ingin. 
Mampu kau kehendaki.
Namun mustahil kau miliki.

Hati.

Kecil tapi besar.
Mahunya lantang tak bertepi.
Tak kenal erti tidak
Peduli sebelah mata

Wednesday, 14 May 2014

Surat Kepada Engineer Automotif

Assalamualaikum..

Ke hadapan abang-abang dan akak-akak engineer automotif sekalian. Saya AJ. Iye, saya bukanlah seorang perdana menteri, jauh sekali seorang permaisuri. Saya cuma seorang pengguna jalan raya, dari usia saya 18 tahun sampai la sekarang. *Okay, tak payah nak tahu usia saya sekarang. Yang pasti saya still muda. Haha. *

Tujuan saya menulis surat ni adalah kerana saya simpati dengan abang dan akak yang punya la penat bekerja, perah blend otak nak suruh idea mencurah-curah jatuh ke ladang gandum. Tapi, manusia sekarang tak reti nak hargai. Jangan risau, saya tak tergolong dalam kalangan tu. Saya sokong abang dan akak sekalian!

Buat abang dan akak engineer,

Meh sini saya cite ape yang dah jadi dengan kenderaan yang abang dan akak cipta tu. Tapi, sebelum tu tarik nafas dan hembus slow-slow ye. Istighfar banyak-banyak jugak. Macam ni ceritanye...

1) Signal
- Yela, abang dah cipta baik punya kedudukan signal pada kereta. Ye dak? Tapi kan, diorang tak tahu pun yang signal tu perlu digunakan bila nak masuk lorong atau bila nak ke kanan atau ke kiri. Diorang berhenti suka-suki diorang aje. Tapi, kira okay lagi la tu. Siap ade jugak yang pergi spray signal tu dengan colour hitam. Bak kata Wan Kamaruddin, ape kejadahnye ini semua? On signal tapi tak nampak pun signal tu berkelip-kelip.

2) Lampu
- Abang dan akak reka lampu tu warna oren kan? Kalau tak pun, ade la certain warna putih. But it's okay coz both tak menyakitkan mata pemandu lain. Tahniah atas usaha abang dan akak tu, terima kasih. Tapi kan, diorang memandai dah ubah sekarang. Tukar lampu tu dengan lampu colour lain ; biru, hijau, kuning. Bak kata makcik Astro, macam-macam ada... Ade yang guna mentol rumah lagi. Ala.... yang abang akak letak kat dalam bilik tu, yang on bila nak tido je. Ha! Lampu tidur namanye. Wait.. ade lagi! Ade jugak tau manusia yang letak lampu kalimantan kat bawah kereta. Tapi okay la, ade jugak kebaikannye. Tolong suluh jalan raya, yela... kot-kot ade pulak cicak tikus kena langgar. Tak pasal-pasal jadi lempeng, tak gitu abang akak?

Kepada abang dan akak yang disayangi,

Disebabkan saya prihatin pada abang dan akak, saya ade cadangan untuk abang akak sekalian. Ape kata abang akak bagi free gift tukul sekali dengan kereta tu. Iye la, nanti senang ye dak? Kalau diorang rasa macam tak nak guna signal tu, boleh je ketuk kasi berkecai. Plastik dan kaca tu boleh hantar pusat kita semula. Jimat kos dan menyelamatkan alam sekitar. Haa... 2 in 1 tu.

Lepas tu... lepas tu... abang akak sertakan sekali spotlight as a bonus beli kereta. Tambah berapa ringgit sikit terus dapat spotlight. Pun menjimatkan tau. Sebabnye, nanti bila nak main bola tak payah la nak bukak spotlight kat padang banyak-banyak. Guna yang kereta diorang je. Bila dapat score guna hon kereta tu instead of jerit 'goal!!!!' sampai sakit anak tekak. Kat situ aje dah dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di Malaysia.

Okay la abang akak engineer. Saya pun dah takde idea nak tulis ape lagi. Kang nanti kalau tetiba ade mentol atas kepala, saya tulis surat 2nd part pulak ea.

Yang benar,
AJ

Fin.